Kenapa Susahnya Nak Move On

Salam.. 

Entri paling aku suka dan sampai sekarang pun entri ni tetap femes, biasalah buat orang yang tengah frust menonggeng tu.. 

Apalagi aku sendiri pernah merasai kena tinggal dengan ex..

Habis tumpahlah airmata aku entah berapa baldi, tak dapat aku gambarkan perasaan aku ketika itu.

Hampir separuh gila aku waktu tu..

Bila bertahun berkawan selepas tu bercinta, tapi akhirnya terputus di tengah jalan.

Merana, terluka, sakit dan terseksa, sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Bagi yang pernah lalui dah tentu akan merasa makna sakitnya bila kena tinggal.

Nak tahu tak kena susah sangat nak Move On.?!

  1. Sebab rasa sayang tu sangat tebal dan dalam sedalamnya lautan.
  2. Sering sendirian dan takde tempat untuk mengadu dan meluahkan segala lara yang terpendam di dada.

Seringkali teringat kenangan manis bersama si dia, lepas tu suka layan emosi sorang-sorang, dahlah non-stop dengan lagu jiwang, lagu cintan, macam manalah proses Move On tu berhasil dengan jayanya..!!

“Sebak” – Ukays 

“Teratai Layu Di Tasik Madu” – Fauziah Latiff 

“Pelamin Anganku Musnah” – Azie 

Amboi..lagu tu yang selalu aku dengar time putus dengan ex dulu..

  1. Pergi Dia Tanpa Kerelaan 

Hati siapa tak tertanya-tanya bayangkanlah tiba-tiba menghilang, mesej tak, call pun tak, menyepi tanpa berita,  resah gelisah hati tak keruan lepas tu tiba-tiba dapat mesej macam ni..

“Awak, cukuplah sampai di sini saja hubungan kita, lupakanlah aku, dan jangan cari aku lagi”…

Alahai tersentap rasa bila dapat mesej macam tu, dunia seakan gelap gelita, awan biru tetiba bertukar menjadi mendung, sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan turun di tengahari.

  1. Banyak Kenangan Bersama 

Gambar dan hadiah pemberian si dia, nak di buang sayang, sebab itu saja yang ada walau di dia sudah “pergi” dari hidup ini.

  1. Dah Jumpa Pun Ahli Keluarga Si Dia 

Penerimaan keluarganya begitu baik sekali, walau baru kenal tapi bagai bertahun lamanya kenal mereka.

Sungguh terkilan sekali dah rancang nak bina mahligai tapi tiba-tiba terkandas di tengah jalan, hati siapa tak sedih..

  1. Citarasa Yang Sama 

Dia suka travel aku pun suka travel, dia suka baca buku aku pun sama suka baca buku, hampir banyak persamaan di antara aku dan si dia.

Sukar nak lupakan kenangan itu.

  1. IKHLAS Dan Sayang Sepenuh Hati 

Mula-mula dulu sukar nak terima si dia, tapi perasaan tidak dapat ditipu, kenal pun tanpa dirancang.

Aku sorang yang pemalu dan tak banyak cakap, banyak yang kurang pada aku, tapi si dia tak kisah pun siapa aku.

Kejujuran dan keikhlasan hati si dia buatkan aku tidak teragak-agak menerima cintanya, orangnya baik dan hormat orangtua.

  1. Padam Semua Chat, Wasap, UNFRIEND FB dan Block No Phone Si Dia.

Tapi kat FB aku tak block, aku cuma UNFRIEND saja.

Biar dia tengok orang yang pernah dia tinggalkan dulu kini sudah berjaya dan mampu “BANGKIT” tanpa si dia di sisi.

Biar dia tengok orang bersorak menyebut namaku, biarlah..

Kini..

Aku sudah tawar hati dan tiada lagi rasa sayang itu, meski pada mulanya aku rasa sakit untuk “LEPASKAN”, luka itu amat dalam menunggu masa berminggu, berbulan dan bertahun untuk sembuh.

Namun kini sudah tidak ingat lagi siapa si dia, aku bahagia dengan hidup aku sekarang.

Buat apakan nak merintih, yang di sana begitu susah ada kehidupan sendiri begitu jua aku.

Memang pergi sulit bertahan sakit..

Untuk apa meratapi insan yang tidak pernah mengenal erti “MENGHARGAI”..

Lepaskan dan relakan perpisahan itu, kita memang tidak di takdirkan untuknya, mungkin suatu hari Tuhan akan hadirkan seseorang yang lebih baik dari si dia.

Dekatkan diri pada-Nya, biar Tuhan pegang hati kita, supaya terus tabah dan REDHA dengan segala yang terjadi.

Tuhan tak nak tengok kita sedih dan berduka lama-lama, ada sebab kenapa kita dipertemukan dengan seseorang.

Mungkin Tuhan telah “UTUSKAN” seseorang yang terbaik kita, cuma kita saja yang tak sedar.

Buka pintu hati dan beri ruang ke dalam diri, buat yang terbaik untuk diri kita, respect diri dulu sebelum hormat orang lain.

Pasti kita boleh..!! Yakinlah janji Allah itu pasti..!!

Coretan Doktor Cinta,

Veronica Chendang #vee

FOLLOW US :

Redak Seribu

Create your website with WordPress.com
Get started